Sunday, October 31, 2021

Untuk emas, tiada istilah Murah.


Untuk emas, tiada istilah Murah.

Harga emas turun RM1? Mahal.
Harga emas turun RM5? Mahal lagi.
Harga emas turun RM10? Mahal juga.
Mana ada Harga emas murah bagi kita?
Kalau harga emas naik?
Lagi-lagilah mahal dalam fikiran kita.
.
Mungkin harga emas hari ini kita rasa mahal tapi percayalah dikemudian hari pasti kita akan tersenyum kerana memilih untuk konsisten menyimpan emas.
1gram RM150 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
1gram RM200 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
1gram RM250 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
1gram RM300 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
Akhirnya simpanan kita bergram-gram. Mahal dah jadi perkara kedua dalam hidup kita. Perkara pertama ialah simpan secara konsisten.
.
Tapi kalau lah kita beli 1gram dan berhenti kerana harga emas naik RM2, maka selamanya simpanan kita hanya 1gram.
Nanti bila 10tahun akan datang, harga emas dah cecah RM700 bagi 1gram, ketika itu boleh juga kita rasa gembira kerana sekurang-kurangnya kita ada 1gram dalam simpanan berbanding kawan-kawan kita yang lain dah bergram-gram.

Saturday, October 23, 2021

Kos minimum menunaikan umrah

 Kos minimum menunaikan umrah;

Tahun 2016
RM4900 atau 29 gram hampir 7 dinar
Tahun 2021
RM6900 atau 27 gram hampir 7 dinar
Simpan 7 dinar, 10 tahun lagi pun kita masih mampu mengerjakan umrah. InsyaAllah.
Emas mampu mengekalkan nilai atau kuasa belinya.
Dengan konsisten menyimpan 1 gram sebulan, kita akan ambil masa kira-kira 2 tahun 3 bulan untuk dapat kumpul 27gram atau hampir 7 dinar.
Hari ini 7 dinar ini sekitar RM7800.
Boleh WhatsApp saya untuk info lanjut atau nak dapatkan dinar pertama.

Pendafatran adalah percuma sahaja. Boleh whatsapp saya , saya bantu sebaiknya. Kilk 👉https://sykgap.wasap.my/














Thursday, October 21, 2021

Fakta menabung emas

 Fakta menabung emas:

1) Guna duit yang kita tak akan guna 3 tahun atau lebih.
2) Tempoh ideal untuk simpanan emas 3 tahun ke atas, lebih lama lebih baik.
3) Emas 999 untuk pelaburan, emas 916 untuk perhiasan.
4) Tukar sebahagian wang sahaja dalam bentuk emas.
5) Jangan percaya ejen bulat-bulat, baca buku dan tambah ilmu.
6) Kita gagal atau rugi menabung emas sebab kurang ilmu.
7) Simpan minimum 200 g emas, cukup untuk bertahan selama 6 hingga 12 bulan. Mungkin lebih.
😎 2000 hingga 2021, kenaikan harga emas lebih 7 kali ganda.








Dana kecemasan adalah satu kemestian.

Sama ada berniaga, bekerja sendiri atau makan gaji, dana kecemasan adalah satu kemestian.

Kita ambil 6 bulan sebagai tabungan dana kecemasan.
Katakan pendapatan kita ialah 2,000 sebulan, maka dana kecemasan 6 bulan adalah 12,000.
Kita ingin cuba menyimpan dalam bentuk emas dan kita suka dinar.
12,000 ditukarkan dalam bentuk emas adalah kira-kira 12 keping 1 dinar.
Antara cara nak capai 12 keping 1 dinar ialah dengan menyimpan 1 gram setiap bulan di akaun GAP cukup 5.25 g boleh request withdraw 1 dinar. Ulangi proses ini hingga cukup 12 keping dinar.
Yang penting konsisten, pasti boleh capai.
Jangan bertangguh, terus mulakan menyimpan emas 1gram atau serendah 100 hari ini melalui akaun GAP. Akaun GAP boleh kumpul sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama capai 12 keping 1 dinar dan seterusnya.

Tuesday, October 19, 2021

FAKTA : Harga Emas Tahun 1933 - 2009

 FAKTA : Harga Emas Tahun 1933 - 2009

Jika anda perhati dan kaji. harga emas dari tahun 1933 hingga 1971 ia meningkat dari $24 ke $41 untuk seauns emas. Naik hanya $17 selepas 38 tahun. Namun naik dari $41 ke $910 pada tahun 2009 untuk seauns emas. Naik beratus kali ganda dalam tempoh yang sama.
Dan pada tahun 2020 pernah melebihi $2000 untuk Seauns emas. Hanya dalam tempoh 11 tahun. Ini bermakna anda perlukan duit beratus kali ganda untuk memiliki berat emas yang sama! Sedangkan USD yang digunakan diseluruh dunia pun susut nilainya berbanding emas. Sebab apa terjadi begini?
Jika anda perasaan ia meningkat mendadak sejak tahun 1971. Anda tahu tak kenapa? Dan mengapa ia naik mendadak selepas itu sehingga kini. Jawapannya selepas 1971 kita menggunakan wang yang tidak bersandarkan kepada emas yang dipanggil wang fiat. Inilah yang dikatakan penipuan terbesar dalam sejarah kewangan oleh Mike Maloney
Sebelum 1971, setiap wang yang dicetak mestilah disandarkan kepada emas. Namun selepas 1971, Wang fiat ini boleh dicetak sesuka hati tanpa bersandarkan emas. Sebab itulah ini nilainya semakin susut dengan ketara. Tidak seperti emas. Ia tidak boleh dicetak atau dicipta. Sebab itulah nilainya kekal evergreen. Emas adalah matawang sebenar.
Saya boleh beritahu ekonomi dunia semakin tenat. Jangan percaya kata kata saya ini. Silakan kaji sendiri. Ada banyak buku mengenai kewangan dan emas. Saya percaya harga emas akan terus meningkat dalam jangka masa panjang. Hakikatnya sebenarnya bukan emas yang semakin mahal tetapi wang yang kita gunakan semakin susut nilainya.
Jika kereta ada insuran, rumah ada insuran. Hampir semua benda bernilai ada insuran dan takaful sebagai perlindungan. Maka Simpanlah emas dan perak sebagai pelindung kekayaan (wealth protection). Inilah yang dibuat oleh semua orang kaya seluruh dunia. Mereka simpan emas dan perak sebagai aset yang kalis inflasi (hedging asset).
Jika saham, bon, wang, rumah boleh menjadi kosong nilainya. Emas dan perak pula hampir mustahil menjadi kosong nilainya. Emas mengekalkan nilainya di kala krisis dan kegawatan ekonomi dunia. Malah kita dapat lihat nilainya meningkat ketara walau semasa pandemik tahun lepas. Simpan lah walau sedikit sebelum terlewat. Ini pesanan ikhlas.

Kilk 👉 https://sykgap.wasap.my/




EMAS FIZIKAL ATAU EMAS DIGITAL?

 EMAS FIZIKAL ATAU EMAS DIGITAL?

Tentu ada di kalangan kita terfikirkan tentang pelaburan emas melalui bank bukan? Apa perkara yang perlu kita ketahui mengenai pelaburan emas melalui institusi bank?
Sesetengah bank tidak menawarkan emas fizikal jika melabur di dalam institusi mereka. Pihak bank hanya menyimpan emas yang dibeli dalam bentuk digital. Nilai emas yang disimpan hanya dicetak di dalam buku akaun pelaburan emas tanpa bersandarkan emas fizikal.
Maknanya, hanya boleh melihat angka nilai pelaburan anda dalam bentuk emas kertas (paper gold) tanpa dapat mengeluarkan emas fizikal di tangan. Konsep begini secara amnya adalah tidak patuh Syariah. Simpan emas dapat digit secara digital.
Tidak dinafikan ada jugak bank yang menawarkan emas fizikal. Tetapi tidak semua bank memberikan jaminan beli balik emas jenamanya. Ada juga yang membeli balik emas jenamanya tetapi bersyaratkan tak boleh buka seal, tak boleh kemek atau calar. Wah! Sedihnya… Banyak pulak cekadak nak jual.
Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan yang paling mudah, akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold adalah yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun pelaburan emas di bank atau mana-mana pelaburan emas di syarikat emas yang lain.
Emas di akaun emas GAP disokong oleh simpanan emas fizikal dan disahkan patuh Syariah. Yang best lagi, Public Gold memberikan jaminan pasti beli balik emas jenamanya tak kira emas tersebut patah, kemek atau calar.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya melalui whatsapp link di bawah:

Kilk 👉 https://sykgap.wasap.my/



EMAS KALIS INFLASI DAN HAKIS SIFAT BOROS

 EMAS KALIS INFLASI DAN HAKIS SIFAT BOROS

Simpan sikit-sikit lama kelamaan jadi sikit jika tidak berdisiplin. Pepatah itu biasa untuk orang yang simpan duit.
Tak percaya? Cuba perhatikan balik. Kalau biasa bulanan gaji kita simpan RM300, semak semula di bulan ke 10, adakah simpanan kita sudah mencapai RM 3000? Kebanyakannya simpanan kurang dari RM 3000 bukan?
Ini kerana fitrahnya manusia bila berduit ingin berbelanja. Semakin banyak duit di akaun bank semakin tinggi kemahuan kita untuk berbelanja. Naluri ini jauh berbeza dengan simpanan emas. Semakin kita kerap pandang simpanan emas kita, naluri semakin bersemangat untuk tambahkan gram.
Duit bila ditukarkan kepada bentuk emas bermakna kita dah selamatkan kekayaan kita terguna dan terbelanja. Emas juga membuatkan penyimpannya memiliki tempoh untuk bertenang sebelum berbelanja.
Mana taknya, emas perlu dipajak atau dijual dahulu untuk dapatkan tunai. Jadi penyimpan emas tidak akan sewenang wenangnya menjual emas semata mata nak tukar sport rim atau menukar langsir. Bagus bukan? Semakin simpan emas semakin tamak dan berdisiplin nak tambahkan kekayaan. Jom!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya melalui whatsapp di bawah:

Untuk emas, tiada istilah Murah.

Untuk emas, tiada istilah Murah. Harga emas turun RM1? Mahal. Harga emas turun RM5? Mahal lagi. Harga emas turun RM10? Mahal juga. Mana ada ...